Wednesday, June 30, 2010

Kejeku Mase Lapang

Lama sudah tidak mengupdate blog nie.
Rasa seperti setahun tak bukak internet.
Ini sume coverage punye pasal.
Takpe. Lupakan saja tentang itu.
Mulakan hari anda dengan memberus gigi.

Aku tahu aku tidak pandai.
Tapi itu bukan masalah utama.
Kerana kerja pertamaku ialah MELUKIS.
Tak sangka aku suke melukis.
Ini sume kawan punye pasal.
Sape suruh die pandai lukis.
Pastu duduk sebelah aku lak.
Kan aku dah terpengaruh dengan lukisannya.
Kejeku ini tak perlukan modal yg banyak.
Hanya memerlukan pensel dan kertas sahaja.
Tapi aku rasa kertas tidak memerlukan kita.
Kita boleh lukis di mana-mana sahaja.
Bak kata pepatah:-
"Di mana tempat sekalipun kita pergi.
Di situ kita akan melukis."
Kan famous kite nanti.
Korang tak nak?
Tapi itu bukan matlamat aku.
Aku melukis untuk CHARITY.

Hmm,
Apa keje kedua aku?
Jap.
Pergi tandas jap.
Sakit perut.
Tak tahan.
Fuh! Lega.
Apa aku nak cakap tadi ye?
0wh.
Pasal keje keduaku.
Keje keduaku ialah membuat ORIGAMI.
Aku tak tahu mengapa aku suke keje nie.
Mungkin terpengaruh dengan TV.
Eh!
Baru aku ingat.
Aku rasa nie kawan punye pasal gak.
Die ajar aku buat bentuk yang pelik2x dgn hanye menggunakan kertas.
Pastu buat aku tertarik.
Maka, terjadilah kejeku nie.
Terima kasih la kpd kawanku.
Bagus gak buat origami nie.
Kurang sampah dalam tong sampah.
Sume kertas yg aku dapat aku buat origami.
So, aku nasihat jangan kasi kertas kat aku.
TY.

Adeh!
Nape sakit perut agi nie?
Mungkin termakan CHIPS MORE banyak sangat.
Lupakan skejap tentang sakit perutku.
Nak abiskan tulis dulu.
Keje ketigaku ialah bermaen BASIKAL & BOLA.
Two in one.
Tapi aku sedih.
Sedih sangat.
Sudah tiada seekor basikal pun di rumahku.
Teringat kisah lama.
"Mak, nak beshikal!"
"Nanti mak beli ye"
Huh!
Lupekan.
Cite pasal bola lak.
Sungguh tak sangka depan rumahku ada surau dan sebelahnya padang.
Wow!
Strategik utk orng berdagang kat sini!
Naseb baek komunis tak perasan tempat nie.
Kalau tak, habis diorang jajah. 
Apa aku ngarut nie?
Teruskan dgn kejeku nie.
Aku rasa sungguh gembira bile bermaen bola.
Sume masalah aku lupekan.
Yang aku ingat hanyalah bola.
Skill, Gol, Tackle, Tepis.
Kalau boleh sume posisi aku nak train.
Tapi aku lebih prefer jadi defend.
Kejeku ialah menghalang pihak lawan daripada menjaringkan gol.
Aku akan berusaha sedaya upaya!
Percayalah kepadaku!
Tapi cara permainanku ikut mood.
Kalau aku happy, aku maen dengan baek.
Kalau aku sedih, aku maen dengan buruk.
Cukuplah setakat nie.
Aku pun nak berehat.

Dengarlah pantun yg tak seberapa nie ye:-
Aku hanyalah manusia biasa,
Yang tak pandai berbicara,
Harap korang suka,
See you guys again ye.

Thursday, April 29, 2010

Fly with0ut wings

Tajuk dah best tapi benda yang aku nak cite best ke?
Inilah kisah tiga sekepala, Aku, Baha dan Afifi.
Kisah berlaku pada duapuluhsembilan aribulan empat duaribusepuluh.

This is how the story started.
Pagi tu ada perlawanan bola diantara Barcelona dengan InterMilan.
Situasi malam tu, aku tengah tidur dan afifi tengah 0n9 gune laptop aku.
Aku tengah lena tidur pastu datang jembalang serang bilik aku.
Jembalang ini bernama Baha.
Dia datang takpe agi, die kejut aku pulak tu.
Aku pun dengan muka mamai bangun juga.
Ingat nak mintak topup kat aku, rupenya nak mengajak aku tengok bola.
Aku pun kata "Baru kul 12. Lambat lagi nak start".
Die pun reply "Kita tido dulu. Then 2.30 kita gerak pergi As-Salam".
Bangun2x je tengok afifi masih menghadap laptop melayan Facebooknya.
Tengok jam dah kul 2.30. Time tu Baha pun dah terjaga.
Kitaorang dah buat plan.
Plan A- Panjat pagar tepi sampah.
Plan B- Lalu ikut pintu utama. Mintak kebenaran Pak Guard misai yang garang tu!
Plan C- Panjat pagar kat belakang surau.
Kita0rang pun pikir. Plan B macam susah je. Senang kant0i.
Kita0rang pergi tengok Pak Guard dari atas. Rupenya ada ramai agi yang gile bola kat bawah tu.
Ada jugak yg berani mintak kebebnaran Pak Guard misai tu.
Kitaorang perhati punye lama. Tengok diorang tak lepas.
Plan C je tinggal. Terpaksa gune jugak plan nie. Takde jalan laen dah.
Terus gerak pergi belakang surau. Baha dah panjat dulu pastu aku pulak.
Time afifi nak panjat tu. Kete bawah nie lalu.........
Adeh!
Bersinar-sinar lampu kat atas kete die.
Kete tu dah lepasi kitaorang pastu tetiba die stop.
Stop takpe agi. Mungkin die nak maen drift kat situ. Yang aku herannya die pergi reverse kete die lak.
Seram sejuk aku terus!

Sunday, April 25, 2010

Kata-Kata Hikmah

1. Sometimes we have to be a LEADER not a FOLLOWER.

2. Sometimes when we are wrong about something, we have to learn to accept others opinion.

3. Kadangkala kita perlu menempuhi hidup ini dengan PISAU. Kalau pisau takde, PARANG pun jadila.

4. You can keep your secret within US but you cannot keep your secret within YOU.

5. Kalau nak belaja ilmu yang berguna, belajalah dengan musuh anda bukan dengan rakan anda.


6. Ada citarasa untuk bergaya tetapi tiada harta.

p/s: Kata-kata hikmah ini adalah hasil kerja aku sendiri.
Post ini akan di update dari masa ke semasa.
Kalau k0rang ada kata-kata hikmah hasil ciptaan sendiri, boleh komen kat bawah nie.
Mana-mana yang menarik akan diletak di dalam post nie.
TY.

Sunday, April 18, 2010

Caraku Makan.

Tada!
Miss me right?
Ari nie aku nak ajar k0rang cara makan yang betul.
Korang ape tahu?
Makan je kan?
So, aku akan ajar k0rang cara makan step by step.
Dah mcm kelas memasak:D
1. First and foremost, mestilah kena baca doa dulu. Mesti k0rang ingat benda laen kan? Nvm, just proceed to the sec0nd step.
2. Step nie pelik sikit. Tak kira la k0rang makan gune tangan ke, garfu ke, sudu ke, sudip ke, senduk ke, spanar ke, screwdriver ke. Hmm, camne nk cakap ye? Makanan tak specific kepada nasi goreng saje seperti gambar di atas. Sup, mee g0reng, bihun goreng pun boleh and seumpama dengannye. Step nie berbunyi begini, k0rang kena makan sayur dulu sebelum makan nasi 0r seumpama dengannya. K0rang paham ke? Adeh! susah betul nk terangkan. 
p/s:Semua jenis sayur yang ada dalam makanan k0rang.
3. Dah abis sume sayur baru k0rang leh start makan nasinya.
4. Dah abis makan baru minum air.
p/s:Jangan makan minum makan minum. Tak elok tuk perhadaman. huhu.

Ini cara aku makan. Jgn k0rang tiru pulak. hehe.
Cukup la setakat nie.
Aku kena sambung study.
See u guys in the future:D

Wednesday, April 14, 2010

Sorry ladies and gentlemen.

I'm a little bit busy right n0w because my exam just around the c0rner.
In 0ther words is next week.
S0rry I cann0t j0in any c0ntest right n0w.
Ty for inviting me.
Gud luck 4 the c0ntest.
I think that all I can say:D

Friday, April 9, 2010

Hobiku semasa Berbasikal

p/s:Gambar diatas bukan gambar sebenar basikalku.
Oh basikal!
Mengapa kau sungguh cantik dipandang dan sedap ditunggang?
Bermulalah kisah basikal "BMX"ku semasa ku sekolah rendah dan menengah.
Apa korang rasa aku akan buat mse menunggang basikal?
Aku nk kongsi hobiku semasa berbasikal.

1.Aku shuke kire berapa kereta yang aku telah potong sepanjang perjalanan aku pergi dan balek sekolah terutama kereta yang sedang berhenti semasa lampu isyarat warna merah.
2.Kalau aku nampak awek lalu sebelah aku sama ada yang ada di dalam kete, atas moto or jalan kaki, aku shuke bawak basikal laju-laju sampai aku penat bru aku bawak perlahan balik.
3.Kalau aku nampak kwn aku bwk moto kt sebelah, aku terus cuba sedaya upaya dengan tenaga yg aku ada untuk memotong die menggunakan basikal "BMX"ku.
4.Aku shuke bawak basikal tanpa henti selagi tak sampai ke destinasi. Kalau ada halangan, aku akan cube cari jalan alternatif laen dengan cilok kt celah-celah kete, moto, dan mana-mana jalan yg boleh ku gunakan.
5.Time hujan kelemahanku. Aku sanggup meredah hujan untuk sampai cepat ke rumah walaupun ketika itu hujan lebat. Habis basah+kotor baju sekolahku tapi aku redah jugak tanpa memikirkan akibatnya. Balik rumah kena marah dengan mak pulak. Bak kata iklan febreze, KEKOTORAN MEMBAWA PENGALAMAN.
6.Last but not least, aku shuke control machoku semasa berbasikal walaupun dah berpeluh. =.="

Penat aku menulis
Giliran korang komen pulak:)

Monday, April 5, 2010

Ikan oh ikan!

Ari nie aku nak cite pasal ikan pulak.
Asyik cite pasal aku dengan contest je.
Kita perlu tunjukkan kelainan.
Kelainan membawa seribu perubahan(kata2x hikmah bru saja kucipta). huhu.
Aku ada sikit info pasal ikan yang mungkin korang  tak tahu.

ikan tongkol


Ada apa dengan ikan tongkol?
Related Posts with Thumbnails