Saturday, July 17, 2010

Barang-Barang Spyku:D




Sape kata jadi spy tak best?

Best bangat.
Sebenarnya aku tak nak update blog nie kerna ada keje sekolah yang belum diselesaikan lagi.
Kejenya kena baca kertas 80 helai hanya cerita tentang AIS ( Accounting Information System).
Hari isnin bersamaan 19 Julai 2010 lecturer ingin menanyakan soalan tentang benda alah tu.
Baru tengak muka depan dah malas nak baca.
Lagi-lagi tengok dalam sume tulisan. Bertambah malas nak baca.
Tapi kena baca gak walau apapun rintangan yang dihadapi (malas, mengantuk).
Masih belum start bace sebutir perkataan pun.
Just selak-selak je.

Nie dia kertasnya.
Siap dengan nama lecturer sekali.

Jap Jap!
Macam dah lari topic je.
Merapu je aku nie.

Aku teringin sangat jadi detektif.
Lagi-lagi lepas baca dan tengok cite detektif gonan dan sherlock holmes.
Best tengok diorang selesaikan masalah,
Dulu aku kaki komik. Every week beli buku komik. Sanggup simpan duet tak makan kat skolah.
Pastu naek basikal sorang-sorang pergi kedai beli komik.
Nie ada cebisan komik kat umahku.
Siap dah terkoyak lagi.
Dah lama sangat simpan.
Yang laen mana ntah.
Dah buang k0t.

Ada satu kedai komik nie best.
Sume jenis komik dia ada.
Yang penting komik detektif gonan dari episod 1 sampai abis dia ada.
Aku siap jadi membership kat kedai tu.
Dapat kad skali.
RM30 seumur hidup.
Nama kedai STARFLY.
Ada branch kat tempat laen.
Kedai ini menyediakan khidmat pinjam buku dan beli buku.
Dia bagi pinjam one week.
Tapi yang sedihnya kedainya di sini sudah ditutup.
Mungkin kerna orang di kawasan nie kurang minat untuk membaca buku.
Eh!
Belum masuk tajuk utama lagi.

Barang spy pertamaku ialah:-

Thursday, July 15, 2010

Kisah Seorang Pengembara-Part 4

Haidram termenung dan terdiam seketika kerna selipar kepunyaannya hilang.
Selipar tandas je k0t. Itu pun warna dah pudar. Masih juga 0rang yang ada nafsu nak mencurinya.
Sungguh malam naseb dia hari nie.
Dah la tiada duet langsung.
Teringat kata mak dia "Kalau Nak hilang sesuatu, jangan sesekali mencuri".
Dengan bermodalkan hati dan perasaan yang sangat mendalam untuk mencari pekerjaan, dia pun meneruskan perjalanan dengan berkaki manusia.
Sungguh panas ketika itu. Maklumlah tengah hari. Matahari terpacak di atas kepala.
Terpaksa berjalan di atas jalan tar yang panas.
Dia berjalan dan berjalan tanpa arah sehinggalah tibanya waktu asar.
Dia pun singgah di satu surau yang nampak muram dari luar tapi dalam sungguh meriah.
Dihiasi dengan pelbagai hiasan yang menarik dan dikunjungi dengan segelintir penduduk di situ.
Setelah habis solat, dia terdengar satu pengumuman dan tetiba dia tersenyum.


Akan bersambung......

Peliklah Haidram nie. Jap sedih jap senyum. Apapun tunggu episod akan datang ye.

Friday, July 9, 2010

Zaman Kanak-Kanak

Sebelum nak tido semalam, teflashback pulak nostalgia zaman kanak-kanak.
Semuanya sudah menjadi kenangan yang terindah.
So, pagi nie tergerak hati untuk menulis tentang zaman kanak-kanakku.


Ingat lagi masa tu, aku selalu maen TEPUK TERUP.
Sanggup pergi kedai beli terup 10sen satu papan. Ada dalam 30 kad terup yang kecik tu.
Cara maen:-Gadaikan beberapa kad terup yang diingini, lepas tu ambik undi sape jalan dulu, pastu tepuk kad. Tengok bape banyak kad terup yang akan terbalik. Amik terus sume kad yang terbalik.
Maen sampai bengkak-bengkak tangan.
Ada jugak yang nangis kerna kalah banyak.
Aku siap sempat buat business jual kad terup(Dah menang banyak sangat).


Mase kat sekolah lak, maen MAKAN PEMADAM.
Cara maen:-Pemadam yang berada di atas pemadam yang laen akan menang dan pemadam itu akan dirampas.
Setiap hari sume siap sedia dengan pemadam diorang.
Aku ciap dapat kumpul satu box tape hanya pemadam di dalamnya.
Kalau abis je pemadam beli pemadam baru.
Bermacam bentuk pemadam aku jumpe.


Kat sekolah gak, maen GASING PEMADAM.
Best nie.
Cara maen:-Letak ubat nip kat bawah pemadam. Lepas tu pusingkan dengan  tangan. Tengok sapa pusing paling lama dia menang.
Layan je karenah kawan aku.


Maen KEJAR-KEJAR.
Nie pun best gak.
Cara maen:-Kena kejar kawan sampai dapat pastu sentuh badan dia. So, dia kena jadi dan kena kejar orang laen pulak.
Tapi yang sedihnya ada perkara pelik berlaku kat aku.
Time tu aku tengah maen kejar-kejar dua orang je dengan kawan aku kat sekolah rendah.
Pastu tetiba guru disiplin panggil suruh jumpe pengetua.
Dengan senangnya aku dan kawan aku dapat mata penalti 2.
Peraturan yang pelik.
Maen lari-lari kat sekolah pun tak leh.
What a pity rules!


 Maen POLICE ENTRY lak.
Ciap ada lagu lagi yang dicipta untuk memilih diantara pencuri dan polis.
Nie antara lagu yang aku ingat:-
"Pak pak pak perompak, sape dulu dia yang jadi perompak"
"Ulat bulu panjat  lidi, sape dulu dia yang jadi"
"Ulat bulu panjat seluar, sape dulu dia yang yang keluar"
"Police entry want to jaga, polis mati pencuri jaga"
Aku ciap gune lagu nie masa aku tak tau jawapan untuk setiap peperiksaan soalan objektif.
Berguna jugak lagu nie dalam kehidupan aku.


Cite tentang maen GASING lak
Nie gasing yang bentuk bujur dan tiga segi tu.
Ada jenis kayu dan plastik.
Cara maen:-First sekali kena amik lesen dulu, sape paling lambat kena letak gasing dia dalam bulatan yang dibuat. Yang laen kena pakuk gasing di dalam bulatan tu sampai keluar. Kalau gasing berhenti di dalam bulatan maka dia tidak boleh sentuh dan biarkan di dalam bulatan itu.
Abis la hancur gasing kat dalam bulatan tu.
Ada yang terbelah dua, terbelah empat.


KONDA-KONDI.
Nie tak selalu maen sangat.
Kadang-kadang je kot.
Cara mane:-Kena ada dua pasukan. Satu pasukan baling kayu menggunakan kayu yang laen. Lepas tu pasukan yang laen kena tangkap. Kalau dapat tangkap maka bertukar tempat lak jadi pembaling kayu.


Satu lagi permainan feveret ialah BALING SELIPAR.
Cara maen:- Terbahagi kepada dua pasukan. Satu pasukan kena buat bentuk segi tiga menggunakan selipar. Satu pasukan lagi kena menghalang daripada pasukan satu lagi buat segi tiga itu dengan membaling selipar ke atas pihak lawan. Pihak lawan yang sudah kena selipar akan terkeluar.
Sakit tu kena selipar.
Ada jugak yang maen sampai gaduh.


Seterusnya ialah TING-TING.
Juara nie wei.
Cara maen:-Buat bentuk petak. Pandai-pandailah korang pikir camne bentuknya. Pastu kena baling batu ke arah petak yang sepatutnya dan orang yang membaling tepat akan meneruskan dengan aksi lompatnya dengan hanya menggunakan satu kaki saja.


Kedua terakhir ialah maen BADMINTON.
Cara maen:-Tak nak explain. Korang dah tau.
Sanggup pakat dengan kawan naek basikal pagi-pagi seawal kul 8 pergi dewan badminton.
Best2x.


Akhir sekali ialah maen ROUNDERS.
Cara maen:-Maen dia macam kriket sikit. Ada dua pasukan. Pasukan satu kena pukul bola. Lepas pukul bola kena berlari satu pusingan. Berhenti di salah satu perhentian pun takpe. Pasukan dua kena baling dan tangkap bola. Kalau dapat tangkap bola dengan dua belah tangan sebelum bola cecah tanah lagi, maka pemain yang pukul bola itu akan mati gilirannya. Kalau tangkap dengan satu tangan maka seluruh pasukan akan mati gilirangnya. Maka akan bertukar tempat lak.
Selain kekuatan pukulan, kita juga kena ada strategi untuk bermaen permainan nie.


Mungkin ini kali terakhir aku mengupdate blog aku.
Harap korang happy selalu.
One advise from me.
Smile always.
Ty for your support.

Kisah Seorang Pengembara-Part 3

Warga tua mendekati Haidram dengan muka yang sedih.
Dia makin dekat dan makin dekat.
Warga tua itu start bersuara "Dik, pakcik ada air tin nak jual nie. senggit je. Duet pakcik tercicir mase dalam perjalanan tadi. Pakcik takde duet nak naek bas. So, pakcik terpaksa jual air tin nie nak dapatkan senggit tuk naek bas."
Haidram reply "Pakcik amik duet senggit nie. Air tin tu pakcik simpan tuk pakcik"
Warga tua reply "Terima kasih ye nak"
Haidram reply "Sama-sama"

Bas pun sampai.
Pakcik tu pun ajak Haidram duduk di sebelahnya.
Haidram pun berborak dengan pakcik tu sehinnga pakcik tu turun di perhentian seterusnya.
Haidram berasa sungguh gembira kerna dapat menolong seseorang dalam kesusahan.
Sejurus pakcik tu turun daripada bas, Haidram start rasa mengantuk dan tertido semasa di dalam bas.
Setelah lama kemudian, akhirnya sampai di bandar.

Jam menunjukkan 12.30p.m. Setengah jam agi solat jumaat.
Dia pun teringat pesan mak dia. "Nak, kat bandar nanti ada pasaraya. Dalam pasaraya itu ada toilet. Nak mandilah dalam tu." Haidram reply "apa nama pasaraya tu mak?" Mak dia reply "Antara yang mak ingat ialah MAIDEEN, TESTKO, JAIYEN, JAYA JASKO. Nak try la cari ye. Mak tak ingat sangat" Haidram reply "Baek mak".
Haidram pun start cari pasaraya tuk mandi sebelum pergi solat jumaat. Dia nampak pasaraya tulis JAYA JUSCO.
Tapi mak tak pernah cakap pun pasal pasaraya nie. Haidram pun bercakap dalam hati "mungkin mak tersilap sebut kot. Nama sebenarnya ialah JAYA JUSCO(sebut dalam bahasa baku)".
Dia pun terus menuju ke bilik air dan mandi di dalamya. Orang laen sume pandang pelik kat die.
Habis mandi dia terus pergi masjid yang terdekat.
Setelah habis solat jumaat. Dia terdiam termenung dan terdiam seketika.

Akan bersambung....

Mengapakah dia temenung dan terdiam seketika? Nantikan aksi yang lebih menarik daripada Haidram.

Luahan Hati.

Zaman dah berubah.
Yang dulunya berkaki kini dah bertongkat.
Korang jangan salah paham.
Maksud aku ialah dulu jalan kaki sekarang nak pergi mana sekalipun naek moto yang bertongkat.
Budak sekolah rendah pun diberi motosikal untuk ditunggang.
Diorang dah terbiasa sangat naek moto even padang depan umah pun naek moto.
Menunggang motosikal dah macam jadi satu trend pada zaman sekarang.
Diorang bebas untuk pergi ke mana sahaja.
Dulu selalu jalan kaki sama2x pergi kedai. Kalau rajin sikit naek basikal.
Teringat zaman dulu. Selalu konvo ramai2x pergi "Giant" dan "Tesco" naek basikal.
Sungguh best masa tu. Walaupun berpayungkan matahari, hati tetap kental untuk pergi.
Korang jangan ingat dekat. Lebih kurang 20km tu.
Sekarang sume naek moto tinggal aku sorang di sini.=(
Sejak sekolah rendah aku dilatih untuk naek basikal.
Hari2x pergi sekolah naek basikal.
Jarak sekolah rendah dengan umah=5km.
Jarak sekolah menengah dgn umah=10km.
Menaiki basikal merupakan keje harianku.


Terima kasih kerna sudi mendengar luahan hatiku.
Takde yang menarik pun.
Sume benda biasa.
Tapi ingat, yang biasa tu boleh jadi luar biasa.

Monday, July 5, 2010

Kisah Seorang Pengembara-Part 2

Terserempak dengan 3 ekor anjing membuatkan Haidram berasa sedikit ketakutan.
Sedikit je tapi jantung "dup dap" 120km per second.
Die baru teringat yang mak dia kasi bekal kari kambing time dia nak gerak tadi.
So, dia terpaksa korbankan kari kambing dia untuk anjing-anjing itu.
Dia pun meneruskan perjalanannya.
Sungguh jauh perjalanan.
Finally, sampai juga di perhentian bas.
Tambang bas untuk pergi ke bandar memerlukan RM25. Dia ada RM26 tepat je time tu.
Dia terasa dahaga yang amat sangat kerna berjalan terlalu jauh.
Tetiba ada seorang lelaki tua mendekati dia sambil pegang air tin di tangan kanan.

Akan Bersambung........

Mengapakah lelaki tua itu mendekati Haidram? Nantikan kemunculan Haidram di episod akan datang.

Sunday, July 4, 2010

Hari Hari Indah!

Huh!
Ada ke hari indah dalam hidupku?
=.="


Actually, sememangnya ada=)
Hari indah yg pertama:-
Hari Raya.
Tau nak nape hari nie special sangat?
Ini adalah kerna aku dapat duet banyak sangat.
Lagi-lagi time abis pekse besar like UPSR, PMR, SPM.
Satu A dapat RM10. w0w! That's many!
Haha!


Hari indah kedua:-
Hari kemenanganku.
Korang nak tau satu fakta tak?
Sebenarnya aku suke berlari.
Tu je FAKTANYA.
Aku pernah dapat number 5 dalam merentas desa mase skolah rendah.
Pastu number 11 mase sekolah menengah. Sebenarnya dapat number 8 tapi aku lupe nak amik number. Tapi aku tak kesah pun. Bukannya dapat hadiah pun. Hanya dapat kertas yang bertulis number 8.
Sungguh tak sangka aku suke berlari.


Hari indah ketiga:-
Permainan bola.
Setiap hari merupakan hari indah aku kalau aku maen bola.
Semakin banyak aku maen, semakin banyak luka aku dapat.
Aku tidak kesah semua itu.
Itu tidak akan jadi batu penghalang untuk aku BERKARYA dalam bidang bola sepak.
Ia cuma akan menjadi penaek semangat untuk aku IMPROVE dalam permainan bola sepak.
Satu lagi fakta penting!
Sukar bagi k0rang untuk teng0k aku gelak.
Seri0usly, memang sukar!
Tapi Bola Sepak membuatkan aku terseyum dan tergelak=)


Dah la k0rang.
Azan isyak dah berkumandang.
Solat dulu.
Jumpe laen kali.
Tata.

Friday, July 2, 2010

Kisah Seorang Pengembara-Part 1

Nama sy Haidram. Family panggil sy Haidram. S0, k0rang kena panggil sy Haidram.
Ini bukan kisah tentang nama sy. Actually, this is st0ry ab0ut the way 0f my life.
P/s : sy takde kena mengena dengan pemilik bl0g nie.
Tanpa berlengah masa lagi kita teruskan dengan kisah sy.


Tempat : Malaysia
Hari : Jumaat
Sy berasal dari kampung. Sy duduk di pedalaman yang jauh sangat dari bandar.
Tetibe sy tergerak hati untuk cari pekerjaan di bandar.
Dengan perasaan terpaksa sy meninggalkan keluarga sy untuk pergi ke bandar.
Lepas subuh lagi sy dah gerak. Memandangkan keluarga sy tiada kenderaan langsung, sy terpaksa jalan kaki pergi ke perhentian bas.
Dalam perjalanan pergi ke perhentian bas, sy terserempak dengan tiga ek0r anjing yang kelihatan garang sangat.


Akan bersambung........

Apakah yang akan terjadi kepada Haidram? Adakah dia terselamat? Nantikan epis0d akan datang.
Related Posts with Thumbnails