Saturday, July 17, 2010

Barang-Barang Spyku:D




Sape kata jadi spy tak best?

Best bangat.
Sebenarnya aku tak nak update blog nie kerna ada keje sekolah yang belum diselesaikan lagi.
Kejenya kena baca kertas 80 helai hanya cerita tentang AIS ( Accounting Information System).
Hari isnin bersamaan 19 Julai 2010 lecturer ingin menanyakan soalan tentang benda alah tu.
Baru tengak muka depan dah malas nak baca.
Lagi-lagi tengok dalam sume tulisan. Bertambah malas nak baca.
Tapi kena baca gak walau apapun rintangan yang dihadapi (malas, mengantuk).
Masih belum start bace sebutir perkataan pun.
Just selak-selak je.

Nie dia kertasnya.
Siap dengan nama lecturer sekali.

Jap Jap!
Macam dah lari topic je.
Merapu je aku nie.

Aku teringin sangat jadi detektif.
Lagi-lagi lepas baca dan tengok cite detektif gonan dan sherlock holmes.
Best tengok diorang selesaikan masalah,
Dulu aku kaki komik. Every week beli buku komik. Sanggup simpan duet tak makan kat skolah.
Pastu naek basikal sorang-sorang pergi kedai beli komik.
Nie ada cebisan komik kat umahku.
Siap dah terkoyak lagi.
Dah lama sangat simpan.
Yang laen mana ntah.
Dah buang k0t.

Ada satu kedai komik nie best.
Sume jenis komik dia ada.
Yang penting komik detektif gonan dari episod 1 sampai abis dia ada.
Aku siap jadi membership kat kedai tu.
Dapat kad skali.
RM30 seumur hidup.
Nama kedai STARFLY.
Ada branch kat tempat laen.
Kedai ini menyediakan khidmat pinjam buku dan beli buku.
Dia bagi pinjam one week.
Tapi yang sedihnya kedainya di sini sudah ditutup.
Mungkin kerna orang di kawasan nie kurang minat untuk membaca buku.
Eh!
Belum masuk tajuk utama lagi.

Barang spy pertamaku ialah:-


Jam RM10 je tapi ada kelebihannya.
Jam nie digunakan untuk mendengar lagu.
Siap ada mp3, perakam suara, radio.
mp4 masih dalam proses pembuatan.
Paling penting perakam suara.
Boleh merakam suara penjenayah.
Jam nie juga digunakan untuk memanggil keretaku dan menghubungi haiwan peliharaanku.
Haiwan peliharaanku merangkap sebagai PA (personal assistant).
Tapi malangnya jam nie sudah rosak kerna jatuh dari tingkat dua.
Bukan tingkat dua bangunan tapi tingkat dua katil.
Kemalangan nie terjadi semasa aku sedang tidur.
=.="

Barang spy keduaku ialah:-

Pendrive berkuasa kuda!
Inilah pendrive yang sentiasa aku bawak ke mana-mana sahaja.
Maen futsal pun aku bawak bersama.
Kegunaannya ialah menyimpan sume data-data penjenayah.
Data-data nie akan diupdate setiap hari.
Sume info tentang jenayah disimpan di dalam nie termasuk gambar, cap jari kaki dan sebagainya.

Barang spy ketigaku ialah:-

Kunci hikmah!
Gambar di atas hanyalah hiasan samata-mata.
Tak sempat nak tangkap gambar kunci spyku.
Rembat je gambar nie.
Kegunaan kunci ialah untuk membuka segala jenis pintu.
Pintu pagar, pintu rumah, pintu grill dan pintu hati.

Barang spy terakhirku ialah:-

Beg dompet doraemon!
Memandangkan aku minat barcelona, so aku pilih dompet spyku gambar barcelona.
Macam-macam harta karun ada dalam beg dompet aku nie.
Kegunaan dompet spyku ialah menyimpan segala bukti penjenayah termasuklah duet, tisu, kertas dan sebagainya.

Anda punya masalah?
Biarkan Detektif Hafiz selesaikan.
P/s:-Sume benda nie adalah rekaan semata. Tiada kena mengena dengan sesiapapun.
Anda suke, saya suke, sume suke:)

4 comments:

za said...

detektif , laptop dan handset sy hilang .
buleh tolong carikan tak ?
hahaha !

Mabuk! said...

Kes anda nie besar.
Besar sgt.
Pengeras juga yg besar-besar punye.
Jadi sy akan cube menyiasat setelah deposit dibayar.
huhu.
p/s:Rekaan semata-mata.

layyinul harir said...

hmm..memang lawok detektif hafiz nie.

pp said...

hahaha yola 2 pis...
teruskan menulis.. like ur hand writing hehehe

Related Posts with Thumbnails