Friday, July 9, 2010

Zaman Kanak-Kanak

Sebelum nak tido semalam, teflashback pulak nostalgia zaman kanak-kanak.
Semuanya sudah menjadi kenangan yang terindah.
So, pagi nie tergerak hati untuk menulis tentang zaman kanak-kanakku.


Ingat lagi masa tu, aku selalu maen TEPUK TERUP.
Sanggup pergi kedai beli terup 10sen satu papan. Ada dalam 30 kad terup yang kecik tu.
Cara maen:-Gadaikan beberapa kad terup yang diingini, lepas tu ambik undi sape jalan dulu, pastu tepuk kad. Tengok bape banyak kad terup yang akan terbalik. Amik terus sume kad yang terbalik.
Maen sampai bengkak-bengkak tangan.
Ada jugak yang nangis kerna kalah banyak.
Aku siap sempat buat business jual kad terup(Dah menang banyak sangat).


Mase kat sekolah lak, maen MAKAN PEMADAM.
Cara maen:-Pemadam yang berada di atas pemadam yang laen akan menang dan pemadam itu akan dirampas.
Setiap hari sume siap sedia dengan pemadam diorang.
Aku ciap dapat kumpul satu box tape hanya pemadam di dalamnya.
Kalau abis je pemadam beli pemadam baru.
Bermacam bentuk pemadam aku jumpe.


Kat sekolah gak, maen GASING PEMADAM.
Best nie.
Cara maen:-Letak ubat nip kat bawah pemadam. Lepas tu pusingkan dengan  tangan. Tengok sapa pusing paling lama dia menang.
Layan je karenah kawan aku.


Maen KEJAR-KEJAR.
Nie pun best gak.
Cara maen:-Kena kejar kawan sampai dapat pastu sentuh badan dia. So, dia kena jadi dan kena kejar orang laen pulak.
Tapi yang sedihnya ada perkara pelik berlaku kat aku.
Time tu aku tengah maen kejar-kejar dua orang je dengan kawan aku kat sekolah rendah.
Pastu tetiba guru disiplin panggil suruh jumpe pengetua.
Dengan senangnya aku dan kawan aku dapat mata penalti 2.
Peraturan yang pelik.
Maen lari-lari kat sekolah pun tak leh.
What a pity rules!


 Maen POLICE ENTRY lak.
Ciap ada lagu lagi yang dicipta untuk memilih diantara pencuri dan polis.
Nie antara lagu yang aku ingat:-
"Pak pak pak perompak, sape dulu dia yang jadi perompak"
"Ulat bulu panjat  lidi, sape dulu dia yang jadi"
"Ulat bulu panjat seluar, sape dulu dia yang yang keluar"
"Police entry want to jaga, polis mati pencuri jaga"
Aku ciap gune lagu nie masa aku tak tau jawapan untuk setiap peperiksaan soalan objektif.
Berguna jugak lagu nie dalam kehidupan aku.


Cite tentang maen GASING lak
Nie gasing yang bentuk bujur dan tiga segi tu.
Ada jenis kayu dan plastik.
Cara maen:-First sekali kena amik lesen dulu, sape paling lambat kena letak gasing dia dalam bulatan yang dibuat. Yang laen kena pakuk gasing di dalam bulatan tu sampai keluar. Kalau gasing berhenti di dalam bulatan maka dia tidak boleh sentuh dan biarkan di dalam bulatan itu.
Abis la hancur gasing kat dalam bulatan tu.
Ada yang terbelah dua, terbelah empat.


KONDA-KONDI.
Nie tak selalu maen sangat.
Kadang-kadang je kot.
Cara mane:-Kena ada dua pasukan. Satu pasukan baling kayu menggunakan kayu yang laen. Lepas tu pasukan yang laen kena tangkap. Kalau dapat tangkap maka bertukar tempat lak jadi pembaling kayu.


Satu lagi permainan feveret ialah BALING SELIPAR.
Cara maen:- Terbahagi kepada dua pasukan. Satu pasukan kena buat bentuk segi tiga menggunakan selipar. Satu pasukan lagi kena menghalang daripada pasukan satu lagi buat segi tiga itu dengan membaling selipar ke atas pihak lawan. Pihak lawan yang sudah kena selipar akan terkeluar.
Sakit tu kena selipar.
Ada jugak yang maen sampai gaduh.


Seterusnya ialah TING-TING.
Juara nie wei.
Cara maen:-Buat bentuk petak. Pandai-pandailah korang pikir camne bentuknya. Pastu kena baling batu ke arah petak yang sepatutnya dan orang yang membaling tepat akan meneruskan dengan aksi lompatnya dengan hanya menggunakan satu kaki saja.


Kedua terakhir ialah maen BADMINTON.
Cara maen:-Tak nak explain. Korang dah tau.
Sanggup pakat dengan kawan naek basikal pagi-pagi seawal kul 8 pergi dewan badminton.
Best2x.


Akhir sekali ialah maen ROUNDERS.
Cara maen:-Maen dia macam kriket sikit. Ada dua pasukan. Pasukan satu kena pukul bola. Lepas pukul bola kena berlari satu pusingan. Berhenti di salah satu perhentian pun takpe. Pasukan dua kena baling dan tangkap bola. Kalau dapat tangkap bola dengan dua belah tangan sebelum bola cecah tanah lagi, maka pemain yang pukul bola itu akan mati gilirannya. Kalau tangkap dengan satu tangan maka seluruh pasukan akan mati gilirangnya. Maka akan bertukar tempat lak.
Selain kekuatan pukulan, kita juga kena ada strategi untuk bermaen permainan nie.


Mungkin ini kali terakhir aku mengupdate blog aku.
Harap korang happy selalu.
One advise from me.
Smile always.
Ty for your support.

3 comments:

Mabuk! said...

Sebenarnya ada banyak lagi.
Baru je terlintas dalam fikiran.
Antaranya ialah bayblades, y0y0, kereta kontrol dan digim0n.
Takpela.
Bukan penting pun tuk k0rang.

velasrizal said...

teringat zmn muda muda dulu..

Ben Nyah Pesaing Ben Ashaari ?

ayue said...

besh giler maen rounders mase kecikkecik dulu .
hee (:

Related Posts with Thumbnails