Friday, July 9, 2010

Luahan Hati.

Zaman dah berubah.
Yang dulunya berkaki kini dah bertongkat.
Korang jangan salah paham.
Maksud aku ialah dulu jalan kaki sekarang nak pergi mana sekalipun naek moto yang bertongkat.
Budak sekolah rendah pun diberi motosikal untuk ditunggang.
Diorang dah terbiasa sangat naek moto even padang depan umah pun naek moto.
Menunggang motosikal dah macam jadi satu trend pada zaman sekarang.
Diorang bebas untuk pergi ke mana sahaja.
Dulu selalu jalan kaki sama2x pergi kedai. Kalau rajin sikit naek basikal.
Teringat zaman dulu. Selalu konvo ramai2x pergi "Giant" dan "Tesco" naek basikal.
Sungguh best masa tu. Walaupun berpayungkan matahari, hati tetap kental untuk pergi.
Korang jangan ingat dekat. Lebih kurang 20km tu.
Sekarang sume naek moto tinggal aku sorang di sini.=(
Sejak sekolah rendah aku dilatih untuk naek basikal.
Hari2x pergi sekolah naek basikal.
Jarak sekolah rendah dengan umah=5km.
Jarak sekolah menengah dgn umah=10km.
Menaiki basikal merupakan keje harianku.


Terima kasih kerna sudi mendengar luahan hatiku.
Takde yang menarik pun.
Sume benda biasa.
Tapi ingat, yang biasa tu boleh jadi luar biasa.

No comments:

Related Posts with Thumbnails